Tuesday, July 31, 2012

sian dia..

Hari ni dah masuk 3 hari MBB berbuka n sahur sengsorang n masak sendiri.Kat tempat asing lak tu..Sebelum ni kira ok la..coz dok kat hotel.Ni..bila dah masuk ke apartment sendiri..kenalah berdikari.Bknnya dia x pernah masak sendiri..Tp keadaan amat la berbezanya skang ni. Bhn2 banyak x de..mayb dia x kenal sama kot bahan2 masakan ni..huhuhu...sangat la sedih bila difikirkan .. Hopefully..dia kuat n tabah n sabar..Sayu je hati bila dia kata..masak kicap pun sedap gak..'ok la dari x de benda nak makan'..Dia siap habaq..'org somalia soq n iftar x makan pape pun..tp still ok kan'...huhuh..

MBB  bersama x PPT di Qatar

Wednesday, July 25, 2012

menangis lah.....


♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air mata nya dengan imannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-hari nya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam do’a permohonan ampunnya terhadap Tuhannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesadarannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia pergunakan seperti kebiasaannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan do’a untuk keselamatan orang yang melukainya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang sekitarnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jalan panjang didepan matanya tetap diharunginya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan luluh

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya
♥♥ TETAP MENJADI MUSLIMAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA SOLEHAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA YANG TERHORMAT…
♥♥ TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAHA AGUNG…

" Yaa Rabbi sudilah pandang daku ,Terangi jalan gelap ini, Jangan biarkan daku terus sendiri, Mencari mendaki jalan berduri… " — with Ryma Ima.



nice quote

Menegur itu mudah, ditegur itu yang susah.
Menerima itu mudah, memberi itu yang susah.
Mengata itu mudah, dikata itu yang susah.
Menyakiti itu mudah, disakiti itu yang susah.

Jadi kalau tidak mahu masalah janganlah pula bawa masalah.

Friday, July 13, 2012

haru biru

Lama x jenguk sini..kekangan masa menyebabkan ai x dapat membebel2 kat sini.bz pindah rumah..urus pertukaran sekolah anak2..++ demam..sampai x de masa nak jenguk rumah hat ni..

Penat berpindah x abes2 lagi ni.Serabut bagai.Siap demam2..Ngan urusan sekolah baru anak2.Banyak noo benda remeh2 bila pindah dari skolah swasta ke sekolah kerajaan.Baju..buku..bnyk yg kena beli lain coz x sama..

MBB dah nak fly ahad ni.Mula2 dulu ingat biasa je.Ye la..kami dah biasa pisah2 ni.Dah keje shift kan..kalo kena time raya dia keje,kami blk raya sendiri.Abes je shift dia..menyusul la pastu.

Tapi kali ni memang rasa lain sangat.Lagi2 dah dekat tarikh nak fly tu..Huhu..sedih kot..3-4 bulan baru boleh jumpa.1st time x puasa sama.Memang rasa la 'huhu' nya tu..

Harap2 jangan la banjir Penang Airport tu nanti


we are........at Penang International Airport 15 julai 2012 - 5.30am


Friday, June 22, 2012

goodbye KERTEH..

12 thn dah kami dok Kerteh ni.. Tiba masa untuk berhijrah ke tempat lain lak minggu depan. Sedih..macam2 kenangan pahit, manis,masam,payau,kelat..sepanjang dok sini.

Memula tu ingat macam best je nak berpindah.Tengok orang pindah..sentiasa tertanya2..bila la giliran kami lak..Tapi bila da jadi kenyataan..huhuh...baru tau betapa sedihnya nak tinggalkan rumah..kawan2 baik..jiran..sekolah anak..suasana kat sini...Da lama sangat rasa selesa ngan life kat sini.So..tiba masa lak mencuba sesuatu yg baru..

MBB dapat offer job ke negara pdg pasir lg..Offer ke 2 ekceli.Offer yg 1st dulu terpaksa tolak lepas ditimbang tara.Yg kali ni dia accept lak.(kompeni lain) Coz atas faktor2 yg x dapat diwar2kan disini.Huhu...

Tapi bila tengok pada benefit yg depa tawar..it's ok..Bole la nak survive..Ramai yg sangka bila kita tukar job sebab nak kejar kemewahan..Padahal x semua camtu.Atas memasing la nak judge orang..

MBB InsyaAllah fly tgh bln 7.Maybe sebelum puasa..Lepas 3 bln..baru la bole bawa family lak..huhu..

So..my mental tgh dok get ready nak jaga anak2 tanpa ayah depa.Yg mana..my kiddos ni..kalo ayah depa x dak..sure menjadi2 la perangai depa..bertambah lemak berkrim ar...

But..it's ok..Dugaan kan..Kena ar belajar.Lagipun..bkn sendirian..My dedi..my sis ada kan..dan yg paling penting..ALLAH Ta'ala sentiasa ada memantau n menjaga kita..so..watpe nak gundah gulana rite..

'cakap..memang pandai...hahaha'

sure pasni rindu gila kat pantai kemasek ni.











Tuesday, June 12, 2012

dah hilang

bila x de..dok mintak2..
bila dah bagi..sedekah free kat org lak..
haru..melayang duit ayah mcm tu jek..
dah..
pasni dapat 40 A pun..
da x mao beli benda2 yg boleh merabak kan poket
n merabak kan hati ummi gak..
nak marah2 pun x guna
benda da jadi
Angah gatai bwk keluar dari keta
yg Abang lak..
selamba badak p tinggal kat kerusi (kt pej. imigresen kuantan)
pastu ikut ummi p ngan angah p toilet.
sejam pastu baru pasan..
da x de kat tgn..n x de kat kerusi tu..
huhu
sian angah..
benda tu present dia..

DAH REZEKI ORANG.....


angah n benda alah yg da tggl kenangan..


FOKUS n POSITIF



Dari : Prof Dr Muhaya

‎'Don't complain don't explain'.
Hidup ini akan tenang apabila kita mengawal apa kita ingin fikir, rasa dan buat,
dan jangan dipengaruhi faktor sekeliling.
Fokus kepada menuju Allah,
cari redha Allah,
minta kasih sayang Allah
dan sentiasa berusaha mengenal Allah.

- Refleksi Diri -