Wednesday, January 29, 2014

Labbaik

Alhamdulillah..
Kami diterima menjadi tetamuNya dlm umrah kali ni.

Bertolak dari Al Khor jam 8 pagi 28hb Jan.
Menggunakan khidmat Hamlah Labbaik.
Bas 12 seater.. Sangat2 selesa..

2 family.. 9 orang. Ma'a Nisa Leju family.
Sejam kemudian.. sampai kat border qatar - saudi, Bu Samra.

Alhamduillah.. segala urusan berjalan dengan lancar.
Orang pun x la ramai mana masa kat border.

Cuma masa kastam Qatar nak cek rutin.. aku yg berniqab ni.. terpaksa la turun untuk cek for nisa' je.. just nak pastikan yg muka kat passport sama ngan orgnya.. hehe.

Kena pulak tempat yg disuruh aku p tu x de org la pulak.. adat la kalo ngan pekerja gomen 'org kampung' ni.. (org kampung = arab meyhhh)

Tercangak jugak la aku sebentar.. My Big Bos lak bole x turun.. dok je dlm bas tu.. huhu.. Memang cuak la jugak aku ni.. Dengan x bape nak faham cakap depa ni..adoiilaa

15 minit kemudian.. dtang la sorang pak sheikh ni.. Kastam jugak. Tapi dia x pakai uniform. X pasti apa yg dia tanya aku.. sbb dia cakap arab. Yang aku bole faham sebab dia dok tunjuk kat arah bas.. maybe dia tanya dari bas tu ke.. laju2 aku mengangguk.. pastu dia kata.. maa 'aleish.. khalas.. ohhhh.. settle gitu je.. x yah pun kena cek menda.. alhamdulillah....

Maa 'aleis - nevermind
Khalas.      - selesai .. settle

Perjalanan seterusnya berjalan ngan lancar. Dari border saudi ke riyadh dok ada 6 jam lebih kurang.. Berhenti untuk solat n makan..

Next pit stop lak kat Qarn Manazil.. tempat untuk bermiqat.. Kat sini la tempat nak mandi .. solat sunat ihram.. niat ihram.. Kami sampai sini dalam pukul 10.30 malam.. selesai urusan semua.. kami gerak ke destinasi terakhir kami hari ni.. Makkatul Mukarramah.

Sampai makkah around 1 o'clock.. Alhamdulillah again.. hotel kami sangat dekat dengan masjidilharam..Clock Tower Hotel.. tunggu bilik ready.. then yang lelaki turun untuk ibadah tawaf.. saie..

Aku ngan mek qilah just tunggu dalam bilik.. sebab aku x dapat nak buat ibadah2 tu.. cuti bulanan.. sangat sedih.. tapi redha.. Dah ketentuan Allah.. harap2 ari ni atau esok aku dapat sempurnakan my umrah.. now.. still dalam ihram lagi..

Mek qiela bersarapan nasi lemak ikan aya.. mcm dok teganu.. kata dia..


At Border Bu Samra

Bas 12 seater Labbaik.. sangat2 selesa.. fully recommend for malaysian at qatar la.. hehe

Dah berihram

Mr. Bigbos n his friend Leju

Miqat Qarn Manazil

Nisa n anak2.. adam n safiya.. (wife leju)

@ lobby clock tower hotel



View Kota Makkah dr bilik aku.. tgkt 36











2 comments:

Nor Hanim Abu Hassan said...

haaa...baru jumpa blog nadiaa...tulih la lagi. best baca! Plsss.... :)

nadhs kayel said...

Muahaha.. malas mengarang la ni.. banyak nak cerita tp malas sgt nak taip...