Wednesday, July 13, 2011

merenung sejenak....

luangkan masa untuk membaca. :)
(artikel yg telah d copy paste...sangat menarik...)
KISAH BENAR: Catatan Seorang Peserta Cina: "Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS"

Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu.

Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan.

Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak. -MerdekaReview

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Saturday, May 28, 2011

hehe

hadiah hari ibu + hari guru from my hero...
thanx very much laling.... hehe...

5 jilid terus dia beli...

iloiiike

sambutan hari ibu muslimat kg baru kerteh

gambar sekitar majlis sambutan hari ibu anjuran muslimat kg baru kerteh...

antara ibu2 yg hadir

ketua muslimat kg baru sdg mendemo gubahan bunga

guru n pembantu pasti arrahman with anak2

kak dayang n kak zah
khamis 26 mei 2011..
last day umar kat tahfiz..kitorang da sebulat suara wat keputusan untuk tukarkan dia ke SRI Al Amin..memang sedih bila tgk dia x happy atas keputusan kami tu..tapi.. biar la..satu masa nanti dia akan paham gak kenapa ummi ngan ayah wat keputusan cam tu..huhu...

kami pun sedey gak sbenanye...ye lah..memang impian kami gak nak sorang anak ke tahfiz..tapi x pe la..InsyaAllah..akan tiba masanya nanti.. tunggu dia da besar sket..da pandai nak jaga diri sendiri....

masa dia tau dia akan dtukarkan..macam2 alasan dia bagi..

"nanti abang rindu ngan ustaz fauzi, kawan2 abang...camner..???"


"abang suka menghafazd..nanti kat sekolah baru ada ke hafazan???"


" taekwando abang..? swimming?? "


" macam mana abang nak jumpa ngan ibu (mudhirah dia )"


hai...anak..anak...
macam2 la ko nyer alasan.. dan bermacam2 la jawapan yg kuar dari mulut ummi n ayah.. sampai akhirnya dia terdiam walopun muka tu menunjukkan ketakpuasan ati....

apa2pun..yg pasti...kami pun dah mula merindui tahfiz muqarrabin....
alahai...

Ya Allah... mudah2 han keputusan kami ini tidak silap.... 





Sunday, May 22, 2011

sambutan Hari Guru PASTI Negeri Terengganu 2011

Tarikh : 20 Mei 2011 (Jumaat)
Lokasi : Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai,
             K.Terengganu


breakfast 

bas rombongan


pendaftaran

perarakan panji2 masuk ke dewan

perarakan panji2 keluar

kump. nasyid shoutul amal (x- pasti)



hadiah dari anak2 murid..thanx very much..




from adriyana




Lenyap sekelip mata

Sangat sedih bila tau berita ni..bila tgk depa terbayang abang n angah n kawan2 abg kat tahfiz.. sebaya ngan depa2 ni..tapi Allah lebih menyayangi depa..Mungkin ada hikmahnya dgn apa yg telah berlaku..Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat Yg Maha Esa..Amin...Semoga keluarga mereka tabah...


sumber dari : myMetr

SELAMAT... mangsa tanah runtuh Rumah Yatim batu 14 Ulu Langat, Mohd Khairul Annuar, 9 dihantar ke  Hospital Ampang, Ampang.

SELAMAT... mangsa tanah runtuh Rumah Yatim batu 14 Ulu Langat, 
Mohd Khairul Annuar, 9 dihantar ke Hospital Ampang, Ampang.



HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali
 tanah untuk
 menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.

“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. 
Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman,
 penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak 
Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, dia berada 
di asrama anak yatim berkenaan sebelum dipanggil turun oleh rakannya
 yang lain untuk latihan nasyid.

Difahamkan, mereka mengadakan latihan kompang ketika kejadian bagi 
menyambut kehadiran pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional 
Malaysia (Finas) bagi menyampaikan sumbangan.


Bagaimanapun, ketika latihan dan persiapan, berlaku tanah runtuh 
menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri.

“Saya baru turun untuk ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. 
Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan.

“Ada yang sempat lari, tetapi ramai yang tertimbus sekelip mata. 
Saya cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawan kerana tidak 
sanggup lihat mereka tertimbus hidup-hidup, tetapi hampa kerana kudrat
 saya terhad,” katanya sebak dengan linangan air mata.

Bagi Mohd Jihat, 14, ketika kejadian, dia berada di bawah khemah dan 
turus tertimbus sehingga paras pinggang.

“Saya diselamatkan orang kampung yang kebetulan datang menyelamatkan 
saya dengan menggali tanah. Ketika itu, saya mengelap kerusi untuk
 persediaan menyambut tetamu di bawah khemah,” katanya.

Mohd Jihat dari Puchong dan baru tiga bulan menghuni di sini masih kelihatan
 trauma dan turut bersedih dengan kejadian menimpa rakan yang lain.

Dia mendakwa begitu hiba melihat usaha menyelamat dan sempat melihat 
antara rakannya dihempap batu dan celahan batu dan tanah.

Difahamkan, seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah
 ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan
 berusia tujuh hingga 17 tahun.

Seorang lagi pelajar, Wan Ahmad Huzamuddin Izrullah, 15, berkata pada
 awalnya dia melihat pergerakan tanah sedikit tanpa mencurigai apa-apa,
 namun tiba-tiba desiran pasir yang dahsyat, sekali gus diikuti dengan 
runtuhan tanah menuju ke arah rumah anak-anak yatim berkenaan.

“Saya sempat lari bersama seorang rakan, tetapi adik saya tertinggal 
di belakang. Bagaimanapun, adik saya bernasib baik kerana longgokan
 tanah yang dihadang pintu itu menyelamatkan dia daripada tertimbus,” katanya.



BERKUMPUL... sebahagian penghuni asrama yang terselamat.
BERKUMPUL... sebahagian penghuni asrama yang terselamat.







Thursday, May 19, 2011





guru2 bersama sebahagian dari 74 orang murid