Tuesday, June 12, 2012

dah hilang

bila x de..dok mintak2..
bila dah bagi..sedekah free kat org lak..
haru..melayang duit ayah mcm tu jek..
dah..
pasni dapat 40 A pun..
da x mao beli benda2 yg boleh merabak kan poket
n merabak kan hati ummi gak..
nak marah2 pun x guna
benda da jadi
Angah gatai bwk keluar dari keta
yg Abang lak..
selamba badak p tinggal kat kerusi (kt pej. imigresen kuantan)
pastu ikut ummi p ngan angah p toilet.
sejam pastu baru pasan..
da x de kat tgn..n x de kat kerusi tu..
huhu
sian angah..
benda tu present dia..

DAH REZEKI ORANG.....


angah n benda alah yg da tggl kenangan..


FOKUS n POSITIF



Dari : Prof Dr Muhaya

‎'Don't complain don't explain'.
Hidup ini akan tenang apabila kita mengawal apa kita ingin fikir, rasa dan buat,
dan jangan dipengaruhi faktor sekeliling.
Fokus kepada menuju Allah,
cari redha Allah,
minta kasih sayang Allah
dan sentiasa berusaha mengenal Allah.

- Refleksi Diri -



Sunday, May 20, 2012

meq o meq


Apa la yg my meq nk jawab untuk exam dia esok.Bila tanya dah baca buku ke lom..dia jawab dah.Sekali bila disoal,haru biru jawapan dia.hentam kromok.Ikut suka dia je nak jawab.Ada ke patut dia jawab Malek jaga pintu pagar.Adek oii..kita tgh baca pasal malaikat la sayang.bkn pengawas ok.huhu..tu x masuk lg bila tanya malaikat ada brapa tu..dia bantai jawab 6.Walhal yg 6 tu rukun iman.huhu.Dia dah konfius.main tibai jek..gasak ko la deq.Asal boleh dah.Ummi pun tau takok adek kt level mana.It's ok.hehe.Cool ummi cool.Baru darjah 1..Ummi kena doa banyak2 untuk anak ummi yg sorang ni.Mudah2han ikut jejak abang n angah..k..whatever,ummi luv u so much.abg2 awak gak..


Saturday, May 19, 2012

bantuan plizz...


Anak kepada sahabat baik aku dari kecik (siti rogayah shaik ismail)..


Adam Akbar Ali, 10, yang menghidap penyakit tumor di saraf tunjang merayu bantuan orang ramai menderma RM300,000 untuk menjalani pembedahan segera.

Penyakit yang menyerang 10 dalam sejuta itu, boleh menyebabkan lumpuh secara perlahan sekiranya ketumbuhan itu tidak dibuang.

Bapanya, Akbar Ali Mohamed Noordin berkata, penyakit itu mula dikesan selepas Adam sering mengadu sakit kaki dan lemah badan.

“Akhirnya kami mengetahui dia menghidapi ketumbuhan­ ini pada tahap dua selepas doktor di Hospital Selayang melakukan kajian.

“Tumor ini mengganggu saraf kaki, tangan dan pernafasan, membuatkan Adam sering sakit kepala dan kaki, malah akan jatuh kerana kaki tidak kuat sekiranya kepenatan,” katanya kepada Sinar Harian di Seri Bendahara, semalam.

Menurutnya, walaupun telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di Hospital Queen Elizabeth, Singapura pada Julai 2010, namun hanya sebahagian tumor dibuang.

Katanya, enam bulan kemudian, penyakit Adam kembali menyerang dan dia terpaksa menjalani pembedahan sama pada November 2011 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selepas mendapat khidmat beberapa doktor pakar di Malaysia, Akbar Ali berhasrat untuk mengubati penyakit anaknya melalui Pakar Neuro, Dr George Jallo di Hospital
Johns Hopkins, Baltimore, Amerika Syarikat.

Namun, Akbar Ali berkata, dia tidak mampu menyediakan kos RM300,000 itu.

Justeru, Adam yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, amat berharap bantuan daripada orang ramai.

Setakat ini hanya RM25,000 terkumpul dan orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh melakukannya menerusi akaun Maybank 512101054830 atau Bank Islam 12038025182964.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Belia Pemikir Muda (Pemikir), Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pihaknya turut menyediakan tabung membantu Adam mengumpul dana dan Kerajaan Negeri Melaka menyumbang sebanyak RM10,000.

berita dipetik dari sinar harian.

umar-bina (adik adam) -adam - imran - iman -eqal




Sunday, April 29, 2012

12 tahun sudah...

Dear My Lovely Mr.Big Bos..

Tepat jam 10.30 pg
bersamaan ngan 30hb April 2012
genap la 12 tahun usia our marriage

Semoga..
kita bertambah matang n mantap
dalam mengharungi liku2 perjalanan
suka duka..
Hatta dlm mendidik anak2
agar menjadi soleh dan solehah
seiring sejalan kta bersama
hingga ke akhir hayat kita.

INSYA ALLAH
Ameen ya rab..

rombongan cek kiah ke skybridge KLCC

dah lama ekceli..dec 2011...lupa nak upload..dok terperap je dlm draft...




model2 saya

3 family PP(T)SB

view dari level 48


level 86

my meq

view dr level 86

buah hati saye



hencik2 staff PP(T)SB

copy n paste - 6 SOALAN IMAM GHAZALI KPD MURIDNYA


‎6 Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya..

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya..

1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia?
3. Apa yang paling BESAR di dunia?
4. Apa yang paling BERAT di dunia?
5. Apa yang paling RINGAN di dunia?
6. Apa yang paling TAJAM di dunia?

JAWAPAN:

1) Soalan yang pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

2) Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua..
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu
adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3) Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga..
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4) Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

5) Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.

6) Dan pertanyaan keenam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
By: タマオ芹沢