Friday, December 27, 2013

Ahli Baru

Welcome to the family..
21st Dec 2013
New princess in da house
Ishak's family..
My mek dah ada kawan la pasni..
X sabar nak balik Malaysia.
Nak tgk little princess..
So cute..
Dah ummi cantik baba ensem..
no wonder la..

Lagi 3 bln.. lahir sorang lg little caliph pulak.. makin meriah la umah tokwan pasni.

Nurul Amna binti Mohd Fahmi


Monday, December 23, 2013

Cuti2 Jalan2 Qatar

Ye ye je title
Padahal x de la p mana pun
Bawak ank2 p Fort Zubara je pun 
 Layan gambar je la dulu..
Nanti kalo rajin.. aku cerita pasai tempat ni.. hehe..malas naw la ni..







Friday, December 6, 2013

Riadhah ma'a anak2 kafa

Minggu ni
 giliran kelas Zainab , Fatimah n Hussien outing
Di al Dakhira Park
X de apa yg istimewa pun park ni..
Macam taman2 biasa je
Tp sekali sekala bawak anak2 riadhah kat luar
Best gak
Sambil riadhah sambil belajar
Sambil berkelah..
Atleast..
Anak2 tu x de la bosan sangat..

  Kelas kami buat treasure hunt.
Cari soalan berpandukan arah2 yang diberikan.
Kelakar.. 
Ummi2 yg p susun pun naik pening..
Ni kan lagi anak2 tu..
Huhu
Mula2 je depa ikut arahan..
Dah nak last.. main belasah je.. janji ada soalan nak dijawab
Siap ada group yg x jumpa soalan..
Macam mana tu.. 
X kesah la..
Asalkan depa enjoy dan dapat jawab soalan dgn betoi.
Soalan tentang BULAN2 ISLAM..
Dan yg peristiwa yg berkait dgn bulan tersebut.
Fun..






Sarapan dulu sebelum mula aktiviti

Tengah dok bincang jawapan 
Susun.. jgn x susun..
Menyusun bulan2 dalam Islam

Ummi2 dok menyusun soalan2

Friday, November 22, 2013

KAFA Al Khor

1st day sebagai volunteer Kafa al Khor..
Bermula dgn sessi taaruf antara anak2 n ummi2
( tenaga pengajar perempuan digelar ummi )
Macam2 telatah.. gelagat.. 

Buat sementara..
Kelas2 dibuat di masjid2 n sebahagian di kelab2
Bcoz...
Bangunan Dar Arqam (DAA) yg baru
terdapat beberapa masaalah yg x selesai
Yg menyebabkan kelas2 kafa malaysia n PIAI indonesia 
x dpt di jalankan di bangunan tu
(*mcm2 dugaan bila nak gerakkan ilmu agama ni.. 
Hatta berada di tanah arab sekalipun)

Aku diamanahkan menjaga kelas Zainab
Anak2 Zainab dalam lingkungan umur 9, 10 n 11 tahun.
Sebaya my angah
1 kelas 2 ummi yg jaga
Aku kena dgn ummi Ayu 
1 lagi kelas sebaya ngan zainab.. kelas aisyah.
Guru kelas Aisyah ummi Azie n ummi Hanim.
Alhamdulillah..
Depa semua ni sangat2 sporting.. 

Dari mula memang dah terbayang 
betapa mencabarnya mengajar anak2 usia ni.
Dengan sifat ingin tahu mereka..
Sifat suka menyoal.. 
( nape x bole itu.. nape yg ni x boleh..etc..)
Persaingan between depa pun sgt2 kuat seusia tara depa ni..

Sessi taaruf bermula dgn anak2 kenalkan diri depa sorang2.
Pastu kami minta depa tuliskan serba sedikit biodata diri depa..
Part ni memang aku paling suka..
Teringat lak masa kecik2 dulu..
Favourite food n drink..
Binatang kesayangan..
Hobi.. cita2..
Masa ni macam2 hal lucu muncul..
Tp... a lil bit sedih jugak
Anak2 ni kebanyakkan x berapa pandai eja dlm bhsa melayu..
Dr kecik dok sini.. 
Start skolah pun kat sini 
Huhu...
Ujian betoi..
Kami kena tolong depa ejakan beberapa perkataan yg depa x reti..
Ada yg main tulis je..
Bila cek semula..
Adoiilaaa..
Depa bantai eja perkataan melayu tp in english
***contoh.. kucing jd CUCHING
keranjang (bola keranjang) jd KE -RUN-JUNK
>.<

Macam2 hal..
Buat masa ni.. rasa enjoy dok ngan depa..
Bila tengok semangatnya depa nak belajar agama..
Kita jadi lagi bersemangat..






kelas Maryam (11 n 12 tahun )

Kelas Fatimah (8 n 9 tahun ) kelas my mek



Saturday, August 10, 2013

Aidil Fitri di perantauan

Buat pertama kalinya kami sefamily beraya jauh diperantauan. Perasaan...??! Biasa2 je. Nak kata sedih tu, x de la sangat. Sebab dah biasa tak balik beraya sebelum2 ni (masa dok kat Kerteh dulu). Cumanya kali ni ada rasa lain sikit. Tak tau nak describe camne. Sedih ke.. kosong ke.. hailaaa..

Kalau dok Kerteh dulu..bila tak dapat balik beraya..ayah ngan adik2 sure datang jenguk. Kadang2 tu 'kidnap' terus kami..ehehe. Tapi bila dah dok jauh ni..x de dah la. Ayah bukannya boleh travel jauh2 la ni. Terikat ngan jadual dialisisnya..huhuh... Kalo x..lama dah ayah sampai bumi qatar ni..

Alhamdulillah.. 1st Syawal en.asben x keje. Last off. So..anak2 dapat la p solat raya. Mek kecik pun dapat merasa solat raya tahun ni.. cumanya ummi terlupa lak nak habaq yg solat raya ada takbir 7x..huhu. Ummi x pernah dpt peluang nak solat raya ni.. Tiap kali raya je..Allah bagi ummi cuti (^_^).. Alhamdulillah la dia ikut je org.. Tapi.. membebel ar kat ummi pastu..sori ye mek. Ummi lupa sangat.

Lepas solat..ada sessi bagi hadiah untuk budak2 kecik. Dah memang jadi tradisi kat Qatar ni.. (syeikh2 arab bagi hadiah) Kat sini x de bagi duit raya. Mostly Malaysian kat sini pun x bagi. Tapi gantikan ngan alternatif lain.. bagi hadiah2 kecik.. jajan.. apa2 je la..janji budak2 happy.

Selesai je semua tu..aktiviti ziarah menziarahi bermula.. Kami ikut je kawan2. Maklum la.. x ramai yang kami kenal. Baru lagi kan. Kawan2 rapat ramai yg balik Malaysia tahun ni. Ada hikmah gak tu.. Dapat tambah2 kenalan...

2 rumah je dan pergi belah pagi.. panas.. anak2 dah mula rimas. Dah start nak buat perangai masing2.. So.. balik rumah dulu la.. rehat2 n solat.Lepas asar baru sambung semula. Tu pun dapat p 3 rumah je.. ok la.. Hari2 selepas tu..lepak2 kat rumah je.. En. Asben dah start keje..

Kami di pagi raya..

Balik dah...letih.



Sunday, July 7, 2013

Jln2 before Ramadhan


Cuti sekolah dah start bagi AlKhor dan kawasan yg sewaktu dgn nya..
2 bulan beb..
Summer lak tu.
Kat negara arab mcm Qatar ni..
x berapa sesuai nak bg bdk2 main luar rumah musim ni.
Panas sgt2..ngan humid x sama cam malaysia..
Panas..tp kadang2 x berpeluh.
So..
Selalunya time cuti summer ni..kalo x balik malaysia..maknanya lepak je la dlm rumah..


Hari ni saje je bawak budak2 keluar.
Kesian lak cuti sekolah dok merap kat rumah je.
Pasni dah nak masuk Ramadhan.
Sedap lepak rumah lagi dari keluar panas2 gini.

Kebetulan ari ni ayah offday..
Pastu cuaca x berapa panas sangat.
(Mcm cuaca kat Malaysia je.)

Jln2 kat shopping mall je pun.
Nak bawak p main2..
Ayahnya x de kesabaran nak melangut cam ummi.
Kang ayah start wat muka..
Naya je..abes ilang mood window shopping ummi.
Ehehe..

So..bila nak bg ayah good in mood..kena jaga molek2..
Ayah kata NO..
Bima'na NO ye anak2..
Balik Malaysia sok..merap maklang awak bawak p time square ye..
Ahaks...

Sambil2 jln2...jamu2 mata...
Syok tengok mak arab lawa2.
Sebelum balik..
Saje je lalu kat The Twin.
Rindu lak rumah lama.

Jln jauh2 sampai ke Doha..
Lastly
Beli barang2 tetap gak kat AlKhor je.
Heee...
selesa shopping grocerries kat Lulu AlKhor je..
Sebab dah tau mana letak barang2 yg nak dcari.

Muka ceria je..coz x panas ari ni

Meq Qiela at Ezdan Mall..


At Souq Waqief..cari tiub basikal..uhuhu..ayah angkut tiub basikal mcm nak  buka kedai beskal je

The Twin Mansoura


Nak balik sudahhh...masing2 dah penat..


Wednesday, July 3, 2013

Moga Istiqamah

Alhamdulillah..
Dah masuk bln ke 3 aku berniqab
Mudah2an kekal istiqamah
Moga2...
tiada rasa riak dlm hati.
Sejuta kesyukuran ke hadrat Ilahi..
Kerana telah membuka pintu hati ini.
Sejuta penghargaan juga buat sang suami..
Kerana memberi sepenuh sokongan
Galakan.. 
Kalau bukan kerana dia..
Mungkin aku masih seperti dulu..
Ilham Allah kepada sang suami.
Yg teringin melihat suri hatinya berniqab.
Inshaa Allah..
Aku masih tercari2 arah..
Langkah demi langkah
Dengan keredhaan Ilahi..
Semoga hati ini tabah dengan ujian yg datang.


Sunday, June 9, 2013

sand storm oh sand storm




2,3 ari ni al khor dan kawasan sekitar dilanda sand storm..
Heavy wind causing sand storm actually.
Jarak penglihatan sekitar 20km je.
Abes berdebu 1 rumah.
Kat luar tu apatah lagi.
Baru je lap2 meja kerusi..
Mop lantai..
5 minit pas tu..berdebu semula..
Huhuhuh

Alhamdulillah..
Kawasan rumah aku bukan antara laluan angin.
Ada dengar cerita kawan2..penghuni yg rumahnya tepi sekali..
lagi teruk kena debu ni..
Jenuh lah nak membersihkan nanti.

Musim2 mcm ni
Nak keluar rumah pun x berani.
Dok dalam rumah pun dah batuk2..
Sesak nafas..
Ni kan lagi nak keluar.
Macam mana la dgn budak2 sekolah ye..
Risaunya...
Harap2 cikgu2 x benarkan budak2 keluar dari classroom.

Debu teruk sangat.
My kidz ada sejarah athma..
Jangan la ada apa2 yg jadi.
Lupa lak nak bekalkan depa ngan mask n spek
Ingat ke cuaca dah molek ari ni..
Pagi tadi cerah elok je.

Masa ni x teruk lg..

Beberapa minit kemudian...



Wednesday, June 5, 2013

kadang kadang

Kadang-kadang...
Teringin nak putarkan masa.
Kadang-kadang...
Terasa x nak benarkan masa bergerak.
Kadang-kadang...
Terasa seperti terlalu tamak dgn masa.
Kadang-kadang...
Masa seperti terlalu cepat berlalu.
Huh
Semuanya berkaitan dgn MASA.
MASA kah yg bersalah..??
Atau aku yg terlalu alpa dan haloba.
Akukah..Masa kah..
Yep..
Aku sebenarnya yg patut dipersalahkan..
Masa cuma masa.
Tapi aku...??!

والعصر
إن اﻹنسان لفى خسر
إﻻالذين أمنوا وعملوا الصالحت 
وتواصوا بالحق
وتواصوا بالصبر

Tuesday, April 2, 2013

be optimistic


Worries at the start of the day
Means you are still alive.

Cloth that dont fit
Means you have a good appetite.

Tears in your eyes
Means there is somebody you care for.

The mess to clean after party
Means you have friends around you.

Roof that needs to repair
Means you have got a house.

Different bills to pay
Means you are not unemployed.

Message on your mobile
Means there is somebody who remembers you.

LEARN TO BE OPTIMISTIC IN LIFE BECAUSE EVERYTHING AROUND YOU HAPPENS FOR A REASON...

Wednesday, March 13, 2013

From Mansoura,Doha to Al Khor

12hb Februari 2013

citer dah lama..
dah sebulan pun..
masa ni nak pindah ke alkhor..
hari2 dok ulang alik Doha-alkhor
selama pat ari berturut2..
lelah wehhhhh..
pindah barang berdua je ngan en.somi..


on de way ke alkhor..ternampak lak WIRA..

hiway.. 4 lane tu....ahaks

dah dekat nak sampai..nampak kawasan ni..suka sgt..coz  unik..rasa mcm ada kat zaman dulu2..ngan rumah petak2 je..siap brenti tepi coz aku nak belek2 model2 rumah tu..

en.somi dok mop lantai..aku..???  tgk saje..ahaha..x sehat beb..


view dari bilik..tu depan tu flat DOLPHIN..
bwk meq ni je..abg2 tinggal kat mansoura..x ley tinggal dia ngan depa..dia rajin cari pasai..ehehe

Little Sand Storm n Fogging

Ribut pasir baru2 ni..
sket je..
masa dok kat Doha x rasa experience gini..
dah dok al khor baru dpt rasa..
uhuksss..
nak buka mata pun x ley..
siap rasa pasir kat muka..



kalo tgk ngan mata lagi best..nampak pasir lari2 atas jln...aii jakun hokeh..

yg nampak sayup2 tu..komuniti ar tu ..AKC (alkhor comunity)


ni lak masa tgh fogging..kabus tebal..

x nampak jln ohhhh...tp mr.dreba bwk laju semacam gak..uhuhu


Start Sekolah



Ahad baru ni..
my kids start sekolah..
selepas 4 bln 'bercuti'...

Alhamdulillah
segalanya berjalan dengan lancar.
walopun ada 1,2 perkara
yg menyebabkan kami agak tension..
tp..sokay...
small matter je.

( hal berkaitan ngan medical check up depa je..imunisasi yg dah taken..tp disuruh ambil lg..tanpa nak dengar penjelasan kami n tanpa nak baca/tgk surat rujukan yg kami bwk..bengang sekejap disitu )

Before nak boleh masuk ke sekolah tu..
( ALKHOR INTERNATIONAL SCHOOL - AKIS )
budak2 ni kena di interview dulu..
jawab kertas soalan
n then di interview secara lisan..

Amek syarat je kot..
walhal memang sah2 dah boleh masuk
sebab anak2 staff memang situ je ar sekolahnya..
interview just nak tengok kebolehan n keupayaan
budak2 dlm english lesson kot..

my kiddos...
emmmm..alahhaii...
gasak ar..janji skolah...
lama2 boleh ar tu kan..

meq qiela langsung x paham b.i..
masa cikgu tu cakap2 ngan dia..dia ley wat donno jek..
x pe ar deq..ummi x kesah pun..
sebab..ummi pun x pandai mana b.i
ado2 je..

Dalam kelas meq
ada gak 2,3 org budak malaysia..
so..ok la gak..ada gak kawan dia nak nyembang2..
dlm kelas digalakkan berbahasa english..
Guru kelas dia 'omputeh'
Mrs.Amber Miller.

meq bgtau..cikgu adek cantik tau ummi...
ehehe..

dlm setiap kelas ada assistant..
kebetulan assistant kelas meq from Malaysia..
Miss Azlina.
so..wat masa ni..dia sentiasa dipantau cikgu tu..
sampai la dia boleh faham dgn apa yg di ajar..

bg bdk2 yg x boleh faham b.i..
ada disediakan kelas intensif ..

Kebanyakkan tenaga pengajar kat situ..
omputeh..
british stream kan..

meq kat AKIS year 2..
angah year 5..kalo kat msia angah baru darjah 4
abang lak year 7 (secondary)
kat msia abg darjah 6..

Abg...paling kami risau..
ye la..dah kena skolah menengah kat sini..
risau dia x dapat catch up je..

tp..so far...ok la lagi..
cuma dia dok pulun blaja speaking..
coz classmate dia x de melayu..
jgn stress sudah...
uhuksss...

Untuk makanan rohani lak..
Alhamdulillah la Malaysian ada wat kelas KAFA.
tenaga pengajar sukarela..
tanpa dibayar gaji..
mereka2 ni gigih memberi ilmu akhirat untuk anak2 ni..
walopun seminggu sekali je..
tp syukur sangat2..dari x de langsung..

Budak2 ni ke sekolah atau ke kelas KAFA
naik bas..
dalam komuniti ni ada disediakan bas untuk ke mana2..
so..x yah risau kalo mak2 x de lesen atau x ley drive..
bas ada...
janji ingat alamat rumah..
InsyaAllah anak2 x sesat nye....
ehehehe




time ni baru kul 6 pg..tp kat sini dah cerah..tggu bas datang

nak ke kelas KAFA..seminggu sekali je..hari jumaat

Friday, March 1, 2013

Taste of Asia

Kat Doha ni
 ada 1 kedai yg jual makanan2 dari Asia..
Nama kedai ni..
Taste of Asia.

Ada nasi lemak, bihun goreng
roti canai, roti sadin, roti telur..

Kari dia ada rasa mcm kari melayu sket..
X de ar rasa n bau rempah india sgt..
Rempah india ni..bau dia strong sket.
rasa..apatah lagi.

Tapi..
Aku boleh je makan..
Ehehe..
Bak kata my en.asben
"Kalo dah keturunan.."

Yg interesting nya pasai kedai ni..
Salah sorang pekerjanya (india muslim)
Boleh cakap melayu..
Pernah keje kat malaysia dulu..

Customer kedai ni mostly Malaysian..
X kira ar melayu ke chinese ke..

Apa2pun...
Memang sedap ar makanan kat sini..
Ehehe..



Yg kiri atas tu puree..umar makan nasi lemak..mek lak makan roti sadin..yg kanan tu lak roti telur...




Thursday, February 14, 2013

mim alif lam sin..

Malasnye la nak update blog..
padahal banyak yang nak di coret2..
alahai..
sebelum idea ilang begitu saja..
mai la vitamin R menyapa diri ni..
mai la oiiii..
nanti anak2 aii x de benda yang nak dikenang 
nak dibaca..
huh....
bilakah...

Friday, January 25, 2013

........

Cuaca skang dah pelan2 nak berubah..
Panas..tp sejuk..
Sejuk tp panas....
Ehehehe

Minggu ni 
paling rendah pun dalam 16°..
Pas2ni..dlm 18° je..
Tinggi lak dalam 28°..
Mild n fair gitu.

Kat tanah arab
 memang winter x lama maybe..
Ni pun kat Makkah suhu ari ni 30°.
(Member habaq..coz depa berangkat ke sana..wat umrah..)

Seronok lak 
bila tengok member2, saing2
Dapat p ke tanah suci.
Tertanya2..
bila la agaknya giliran kami lak

Qatar ngan Makkah dkt je
19 jam perjalanan ngan kereta atau bas..

Diorang ada gak ajak join..
Tp keadaan belum mengizinkan lagi.
Dengan nak kena pindah 
dalam masa terdekat ni.

Maybe suatu masa nanti..
InsyaAllah..
Mudah2an Allah makbulkan..
AMEENNN...

 Ari ni terr rajin lak
En.asben ngan anak2 request
nak makan nasi ayam..
Tp ada bahan yg x ada kat rumah
So..ummi pun tukar menu.
P buat Nasi Bombay..
Ehehehe..

Not bad..
Dah macam rasa arwah bonda
nya nasi bombay..
Tp yg dah di cacamarbakan
 oleh anakandanya ni.

Syukur sangat..
Atas rezeki Allah beri hari ni.
ALHAMDULILLAH.










Sunday, January 20, 2013

opsss..

Marah ke orang lain..
Terlepas lak kat orang lain..
Haishhhh...
Saje je nak menambah dosa..
Bukannya nak cari pahala..
Free je dapat dosa kering..
Huhuhu..

Samihnii..
X sengaja..stress out..
Sorry..maaf..aasif..miannae..
(-_-')

Saturday, January 19, 2013

pindah lagi..

Semalam..
en.Asben dapat email..
Permohonan kami untuk pindah ke komuniti alkhor..dah diluluskan.

ALHAMDULILLAH..

Kalau di ikutkan..
Rasa sayang lak nak tinggalkan Doha ni.
Dah sedap dok Doha..
Sedap dok rumah org..
Hahaha

Ye la kan..
X gaduh nak pk pasal nak beli brg2 rumah.
Dah complete org sediakan.
Serba serbi ada..
Tinggal guna je.

Pastu lak..
Kalo rasa malas nak masak..
ley koling2 je..
Ode..siap sampai depan pintu..
Weeee...
Punya la malas..

Tp..bila pk pasal skolah anak2..
Kena la korbankan rasa nak selesa sgt tu.
Kalo kat alkhor nanti..InsyaAllah skolah senang
Kat Doha ni..kena cari sendiri..byr sendiri dulu..

Dah la kos pendidikkan kt sini..
Mahal ya amat..
Pendaftaran saja..dah 6k sorang..
Aku...??!!
Ada 3 kiddos..so..paham2 la..
Naya gak ar..walopun ley claim kan..
Hehe..

Ala...
Kot mana pun..
Memang akan kena pindah gak.
Cuma x tau bila.
Coz..The Twin (nama my flat) ni rumah transit RasGas je..sementara nak dapat rumah kat komuniti..

Hai..ntah la..
Bila nak bole pindah ntah..
Kunci pun x ley nak p amek lagi..
En.Asben keje..cuti sehari je.
So..
Nikmatilah kemudahan2 kat the twin ni selagi bole..selesa2 kan la diri sepuas2nya...
Heeeee....

My kiddos..



Thursday, January 10, 2013

test

Test..test..
Guna gadjet baru..(^_^*)
Jakun kejap

Thursday, January 3, 2013

(*^_^)v

He got his license....yipiiiieee..
maknanya..pasni leh ar cari kereta lak.

ALHAMDULILLAH.
tunggu duit jatuh ke riba je.
kalau la ada..ye x..
heee..

senang nak gerak 
kalo ada transport sendiri ekceli
bukan lah nak demand..
naik teksi pun ok je

tp..rasa payah 
bila bawak de kidz
pastu bila nak shopping
ngan barang2 banyak..
huuu..

nak beli benda besar2 
payah gak bila nak kena naik teksi
hmmm..
kalo ikutkan..x jadi hal pun sbenonya
alasan je tu

ni lah sikap manusia kan..
bila dah pernah rasa selesa
nak keselesaan je..

tapi..
sekurang2nya bila ada kereta..
boleh gak p cari barang kat tempat yg payah nak p
tp banyak barang dari malaysia
yg agak payah nak ada teksi
(dah pernah kena sekali.)

nak p ziarah member2 pun senang
nak uruskan sekolah de kidz..
macam2 hal la..

ehehehe..


~manusia dengan seribu macam alasan..huh~

Tuesday, January 1, 2013

2013 sudah..

dah masuk 2013
makin bertambah umur dunia
umur kita gak..
 
1970an - 2012 
ada kat malaysia

2013..ada kat Qatar.
tak tahu la sampai bila
setahun ke..2 tahun ke..

Allah je yg Maha Mengetahui

apa2pun..
mudah2an..Allah meredhai
perjalanan hidup kami
semoga rezeki yg di beri kat kami
rezeki yg barakah
 
mudah2an kami x alpa dgn keduniaan semata