Saturday, August 10, 2013

Aidil Fitri di perantauan

Buat pertama kalinya kami sefamily beraya jauh diperantauan. Perasaan...??! Biasa2 je. Nak kata sedih tu, x de la sangat. Sebab dah biasa tak balik beraya sebelum2 ni (masa dok kat Kerteh dulu). Cumanya kali ni ada rasa lain sikit. Tak tau nak describe camne. Sedih ke.. kosong ke.. hailaaa..

Kalau dok Kerteh dulu..bila tak dapat balik beraya..ayah ngan adik2 sure datang jenguk. Kadang2 tu 'kidnap' terus kami..ehehe. Tapi bila dah dok jauh ni..x de dah la. Ayah bukannya boleh travel jauh2 la ni. Terikat ngan jadual dialisisnya..huhuh... Kalo x..lama dah ayah sampai bumi qatar ni..

Alhamdulillah.. 1st Syawal en.asben x keje. Last off. So..anak2 dapat la p solat raya. Mek kecik pun dapat merasa solat raya tahun ni.. cumanya ummi terlupa lak nak habaq yg solat raya ada takbir 7x..huhu. Ummi x pernah dpt peluang nak solat raya ni.. Tiap kali raya je..Allah bagi ummi cuti (^_^).. Alhamdulillah la dia ikut je org.. Tapi.. membebel ar kat ummi pastu..sori ye mek. Ummi lupa sangat.

Lepas solat..ada sessi bagi hadiah untuk budak2 kecik. Dah memang jadi tradisi kat Qatar ni.. (syeikh2 arab bagi hadiah) Kat sini x de bagi duit raya. Mostly Malaysian kat sini pun x bagi. Tapi gantikan ngan alternatif lain.. bagi hadiah2 kecik.. jajan.. apa2 je la..janji budak2 happy.

Selesai je semua tu..aktiviti ziarah menziarahi bermula.. Kami ikut je kawan2. Maklum la.. x ramai yang kami kenal. Baru lagi kan. Kawan2 rapat ramai yg balik Malaysia tahun ni. Ada hikmah gak tu.. Dapat tambah2 kenalan...

2 rumah je dan pergi belah pagi.. panas.. anak2 dah mula rimas. Dah start nak buat perangai masing2.. So.. balik rumah dulu la.. rehat2 n solat.Lepas asar baru sambung semula. Tu pun dapat p 3 rumah je.. ok la.. Hari2 selepas tu..lepak2 kat rumah je.. En. Asben dah start keje..

Kami di pagi raya..

Balik dah...letih.